Unik! Wasiat Daripada Seorang Suami Kepada Isteri | Wasiat merupakan antara amanat terakhir dari seseorang yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya wasiat ini mengandungi tentang pembahagian harta pusaka kepada kelaurganya. Kisah di bawah ini menceritakan tentang seorang isteri yang merungut akan wasiat arwah suaminya. Namun hakikat sebenarnya wasiat tersebut adalah yang terbaik berbanding harta dunia. Persoalannya, apakah wasiat tersebut?
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung
beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya
sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang
kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham
pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan
kepada arwah.
Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar
arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan
sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah:
1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).
2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.
3. Suaminya tidak sempat memindahkan
saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau
(Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya
memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping
itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan,
peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat
arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:
1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di
pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya
(2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang
amanah untuk anak-anak perempuannya.
3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14
dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya
sebagai pemegang amanah.
4. Saham-sahamnya diserahkan kepada
anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh
saudara perempuannya yang diberi 20%.
5. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan
untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan
kepada Majlis Agama Islam.
7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah
kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala
baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah,
peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang
terkandung dalam wasiat itu.
“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa
kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan
adalah hadiah yang paling berharga.”
“Tidak pernah aku merasa masakannya sejak
mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan
terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.”
“Herdik dan tengking kepada aku dan
anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran
daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik
(pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling
menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.”
“Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan
amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama
kakakku (yang sebagai pengganti ibu).”
Selepas peguam Allahyarham membacakan
kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu
meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama. Semoga
dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang
berguna kepada kita sebagai umat Islam.
No comments:
Post a Comment