Mungkin
ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan
sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi
percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan
sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya
berisiko tinggi untuk di hack?
Ya betul, online di tempat terbuka
memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking
dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser
Mozilla Firefox.
Dengan teknik ini, pengodam dengan mudah dapat
mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat
dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar..
ekeke, apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke
akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan
urusan perbankan? memang bahaya.
Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-
1. Jangan log masuk atau online dekat wifi percuma yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.
2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.
3.
Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam
url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih
selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.
4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan di cyber cafe juga..
No comments:
Post a Comment